Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat:
- Biasanya, faktor hormon bagi gadis-gadis dalam lingkungan umur awal belasan tahun akan menyebabkan pertumbuhan jerawat. Ini adalah berkait rapat dengan umur subur seseorang gadis itu. Bukan semua gadis-gadis muda akan ditumbuhi jerawat pada usia berkenaan, mungkin ada yang pada usia awal 20-an.
- Jika seseorang itu berasal dari keluarga yang memang mempunyai sejarah berkaitan dengan jerawat, maka tidak mustahil dia juga akan mengalami masalah jerawat.
- Penggunaan ubat-ubatan seperti pil perancang, ubat steroid dan vitamin B12 yang berlebihan atau tidak mengikut jadual juga boleh menyebabkan masalah jerawat. Ini adalah kerana sistem tubuh badan kita gagal untuk berfungsi dengan sempurna, akibat pengambilan yang tidak terkawal.
- Kebersihan di bahagian kulit muka juga memainkan peranan. Penggunaan kosmetik haruslah menepati keadaan kulit kita sendiri. Reaksi yang tidak normal terhadap kulit boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.
- Stress yang berterusan akan menyebabkan jerawat timbul tanpa disedari. Ini ada kaitan denagn sistem di dalam badan kita. Apabila kita stress, badan kita akan mula menghasilkan sejumlah minyak, seperti semasa kita bersukan (peluh). Peluh mengandungi bahan buangan dari dalam badan kita. Peluh yang keluar di bahagian muka biasanya tidak atau kurang disedari. Reaksi kulit muka dan peluh tersebut akan menyebabkan kulit muka ditumbuhi jerawat.
- Kulit muka yang terdedah kepada bahan-bahan kimia seperti asap dan habuk juga boleh ditumbuhi jerawat.
- Faktor pemakanan juga berkait rapat dengan jerawat. Alahan makanan biasanya merupakan punca kepada pertumbuhan jerawat.
No comments:
Post a Comment